PKNS Selangor Masters platform bina karakter pemain golf negara

14 Feb 2026, 12:20 PM
PKNS Selangor Masters platform bina karakter pemain golf negara

PETALING JAYA, 14 FEB: Penganjuran PKNS Selangor Masters 2026 menjadi platform pemain golf negara membina karakter sekali gus bersaing dengan pemain antarabangsa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pertembungan dengan pemain antarabangsa membantu membentuk personaliti supaya lebih berjaya.

“Pada keseluruhannya, kejohanan ini sangat kompetetif namun sebenarnya fokus utama kita bukanlah menang atau kalah tetapi maju menjadikan ia sebagai proses membina karakter dan menguji ketahanan diri.

“Kerajaan Negeri mahu menyediakan platform kepada pemain negara bertemu dengan antarabangsa sekali gus menjadikan mereka lebih berjaya,” katanya ditemui Media Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin bercakap kepada media selepas majlis penyampaian hadiah PKNS Selangor Masters 2026 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 14 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pemain Singapura, Nicklaus Chiam dinobat sebagai juara kejohanan menerusi pukulan birdie pada playoff ketiga menentang pemain negara, Khavish Varadan.

Nicklaus menamatkan saingan dengan tiga pukulan di bawah par untuk mengatasi Khavish, sekali gus muncul juara edisi ke-13 kejohanan itu.

Sementara itu, Nicklaus ketika ditemui pemberita mengakui pemain negara telah memberikan saingan sengit pada pusingan ketiga playoff.

“Saingan sangat mencabar dan agak gementar pada pusingan ketiga playoff. Khavish merupakan lawan yang hebat tetapi tuah saya apabila pukulan birdie bawa kemenangan.

“Kejohanan agak mencabar kerana lokasi dan angin antara faktor yang perlu dititikberat sepanjang permainan. Namun, ia bukan halangan sebaliknya ia adalah latihan untuk lebih berjaya,” katanya.

Kejohanan PKNS Selangor Masters 2026 yang juga edisi ke-13 berlangsung selama empat hari bermula 11 Februari lalu.

Dianjurkan sejak 2007, kejohanan pada kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$175,000 (lebih RM685,000).

Kejohanan berprestij itu disertai 144 pemain profesional, membabitkan 80 pemain Jelajah Pembangunan Asia (ADT), 40 pemain Jelajah Professional Golf of Malaysia (PGM) serta 24 pemain jemputan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619