Polis tangkap pelajar tingkatan lima buli junior guna rokok

13 Feb 2026, 1:49 PM
Polis tangkap pelajar tingkatan lima buli junior guna rokok

KUANTAN, 13 FEB: Polis menahan seorang pelajar lelaki tingkatan lima kerana disyaki membuli pelajar tingkatan satu dengan menggunakan puntung rokok di asrama sebuah sekolah di Bentong, Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek berumur 17 tahun itu ditahan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam, selepas keluarga mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati kira-kira tengah malam di tandas asrama sekolah berkenaan, mangsa yang merupakan pelajar lelaki dipercayai diarahkan menghisap rokok, namun enggan berbuat demikian sebelum didera menggunakan rokok oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Yahaya berkata mangsa telah memaklumkan kejadian terbabit kepada warden asrama berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

“Mangsa mengalami kecederaan di dada dan soft tissues injuries. Terdapat kesan lecuran puntung rokok pada badan mangsa,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619