Seni pembuatan kepala singa mendunia

14 Feb 2026, 2:00 AM
Seni pembuatan kepala singa mendunia
Seni pembuatan kepala singa mendunia
Seni pembuatan kepala singa mendunia
Seni pembuatan kepala singa mendunia

Di sebalik sorakan dan gerak lincah penari tarian singa, tersembunyi seni halus yang jarang dipandang pembuatan kepala singa oleh anak tempatan, Lim Meng Kok.

Pakar bertaraf dunia yang juga pengasas Lo Fo Chi Enterprise sejak lebih empat dekad lalu menerima tempahan dari seluruh dunia yang kini menghasilkan 20 hingga 30 kepala singa sebulan.

Beliau juga melakukan inovasi dengan menggantikan buluh keras kepada rotan dan aluminium bagi menghasilkan rangka lebih tahan lama, sekali gus menjadi penanda aras industri.

Walaupun harga kepala singa asli mencecah RM3,500 hingga RM8,000, tempahan tetap penuh hingga 2028 dan Meng Kok bertekad mewariskan seni ini kepada generasi muda kerana ia adalah budaya yang perlu dipelihara.

Jurugambar Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam seni pembuatan kepala singa oleh lelaki berusia 78 tahun itu di bengkelnya di Kepong pada 20 Januari lalu.

Rangka rotan yang di ikat memerlukan ketelitian dan pengalaman di Lo Fo Chi Enterprise, Kepong.

Rangka rotan yang di ikat memerlukan ketelitian dan pengalaman di Lo Fo Chi Enterprise, Kepong.

Menampal lapisan kertas di atas rotan antara salah satu proses pembuatan kepala singa di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Proses menampal lapisan pelekat di kepala singa mengikut tempahan pelanggan di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Lim Meng Kok, 78 melakukan proses mewarna kepala singa yang ditempah pelanggan di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Proses mewarna kepala singa dilakukan mengikut tempahan pelanggan. Setiap langkah mencerminkan ketelitian, pengalaman dan warisan di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Proses merapikan bulu pada kepala singa yang telah siap di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Kakitangan Lo Fo Chi bergambar bersama koleksi kepala singa hasil kerja tangan, simbol kesinambungan seni dan budaya tarian singa di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Kakitangan Lo Fo Chi bergambar bersama koleksi kepala singa hasil kerja tangan, simbol kesinambungan seni dan budaya tarian singa di Lo Fo Chi Enteprise, Kepong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619