Jaringan Penjagaan Selangor: 100 pengusaha sertai sesi libat urus perkukuh industri penjagaan

12 Feb 2026, 7:45 AM
Jaringan Penjagaan Selangor: 100 pengusaha sertai sesi libat urus perkukuh industri penjagaan
Jaringan Penjagaan Selangor: 100 pengusaha sertai sesi libat urus perkukuh industri penjagaan
Jaringan Penjagaan Selangor: 100 pengusaha sertai sesi libat urus perkukuh industri penjagaan

SHAH ALAM, 12 FEB: Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem ekonomi penjagaan menerusi penganjuran Sesi Libat Urus Jaringan Penjagaan Selangor yang menghimpunkan kira-kira 100 pemegang taruh berdaftar di negeri ini.

Menurut EXCO kebajikan, program anjuran Wanita Berdaya Selangor itu melibatkan pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan warga emas sebagai platform mendapatkan maklum balas langsung berhubung cabaran operasi serta keperluan semasa industri.

Anfaal Saari menambah program berkenaan turut menjadi medan membentangkan inisiatif ekonomi penjagaan bagi 2025 serta perancangan program tahun ini di bawah Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan.

EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap dalam Sesi Libat Urus Jaringan Penjagaan Selangor di IDCC, Shah Alam pada 12 Februari 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Townhall ini dimulakan dengan pembentangan inisiatif ekonomi penjagaan bagi tahun 2025 serta perancangan program 2026 sebelum diteruskan sesi dialog dua hala.

“Ia juga menjadi medium penting untuk memahami realiti sebenar di lapangan sekali gus menambah baik dasar sedia ada,” katanya selepas program di Pusat Konvensyen Ideal, di sini hari ini.

Anfaal berharap inisiatif tersebut dapat memperkukuh jaringan industri penjagaan selain membuka ruang perkongsian idea dan strategi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Program turut menampilkan video pesanan khidmat awam berkaitan pencegahan penipuan hasil kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor susulan kes penyalahgunaan nama kebajikan untuk tujuan scam.

Terdahulu, Anfaal menyerahkan geran pusat penjagaan kepada 13 pengusaha melibatkan peruntukan hampir RM100,000 sebagai sokongan kepada pengukuhan operasi dan perkhidmatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619