Permohonan Insentif Haji Muassasah RM1,500 dibuka pertengahan bulan ini

10 Feb 2026, 1:08 PM
Permohonan Insentif Haji Muassasah RM1,500 dibuka pertengahan bulan ini
Permohonan Insentif Haji Muassasah RM1,500 dibuka pertengahan bulan ini
Permohonan Insentif Haji Muassasah RM1,500 dibuka pertengahan bulan ini

AMPANG JAYA, 10 FEB: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meneruskan pelaksanaan Insentif Haji Muassasah dengan peruntukan keseluruhan RM9 juta bagi memberi manfaat kepada 6,000 jemaah haji tahun ini.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata setiap jemaah haji Muassasah yang layak akan menerima sumbangan RM1,500, dengan permohonan dijangka dibuka pertengahan bulan ini menerusi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis sumbangan Ihya' Ramadan Parlimen Gombak 2026 di Masjid Al-Hidayah, Ampang Jaya pada 10 Februari 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Tahun ini kita akan peruntukkan sebanyak RM9 juta untuk 6,000 jemaah Haji Muassasah dari Selangor. Setiap jemaah ini akan terima sumbangan sebanyak RM1,500 dan kita insya-Allah kita akan cuba buka permohonan paling awal minggu depan atau minggu selepas itu.

“Ini supaya jemaah Haji dapat menerima lebih awal dan mereka boleh gunakan di Tanah Suci nanti.

“Syaratnya pemohonan mestilah pengundi Selangor dan menunaikan haji secara Muassasah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Ihya’ Ramadan Yayasan MBI di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini, hari ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerima cek cura sumbangan keseluruhan masjid dan surau Parlimen Gombak ketika majlis sumbangan Ihya' Ramadan Parlimen Gombak 2026 di Masjid Al-Hidayah, Ampang Jaya pada 10 Februari 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Majlis penyerahan itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada 137 masjid, surau, surau Jumaat serta madrasah atau musolla di Parlimen Gombak.

Menerusi Belanjawan Selangor 2026, kerajaan negeri mengumumkan kenaikan Insentif Haji Muassasah daripada RM1,000 kepada RM1,500 seorang, yang dijangka memanfaatkan 6,000 jemaah haji dengan peruntukan RM9 juta.

Sejak diperkenalkan pada 2022, insentif berkenaan telah memberi manfaat kepada lebih 12,000 jemaah haji dari Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619