21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang

10 Feb 2026, 1:57 AM
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang

KUANTAN, 10 FEB: Polis menahan 21 Orang Asli bagi membantu siasatan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang di Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mereka termasuk 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak yang mendakwa dilantik mengusahakan tanah itu.

“Wakil syarikat itu mendakwa sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong kelapa sawit di kawasan ladang milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menahan kesemua mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sharif Shai menasihatkan masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini dan mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619