Didakwa ceroboh tanah di Dengkil, pengerusi kuil mengaku tidak bersalah

9 Feb 2026, 5:51 AM
Didakwa ceroboh tanah di Dengkil, pengerusi kuil mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM, 9 FEB: Seorang pengawal keselamatan yang juga pengerusi kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah persendirian di Jalan Dredging Selangor, Dengkil, pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, M. Paramaguru, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani, lapor Kosmo!.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh tanah milik Datuk Suhaili Ahmad pada 19 Jun tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam H. Darshela.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, selepas pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 dan pembelaan memohon pengurangan.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mac depan.

Tertuduh sebelum ini ditahan di rumahnya di Jalan Dredging Selangor, Dengkil, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Sebelum ini, pemilik tanah memaklumkan hasrat merobohkan binaan kuil di lokasi berkenaan, namun tindakan itu ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa dan akan dilakukan pada tarikh lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619