Ribut Tropika Basyang: 12 maut, 132,000 keluarga terjejas di Filipina

8 Feb 2026, 12:06 PM
Ribut Tropika Basyang: 12 maut, 132,000 keluarga terjejas di Filipina

MANILA, 8 FEB: Angka korban akibat Ribut Tropika Basyang (nama antarabangsa Penha) meningkat kepada 12 orang manakala jumlah keluarga terjejas mencecah 132,000, kata jurucakap Pejabat Pertahanan Awam (OCD) pada Ahad, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam temu bual bersama radio dzBB, jurucakap OCD Junie Castillo berkata jumlah itu bersamaan kira-kira 467,000 individu yang tinggal di 850 barangay di wilayah Visayas dan Mindanao.

Laporan awal OCD memaklumkan sembilan daripada kematian yang dilaporkan berlaku di Wilayah 10 (Mindanao Utara) manakala tiga lagi dari Caraga.

Mangsa yang dilaporkan maut sama ada akibat lemas atau tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

Castillo berkata operasi pembersihan kini sedang dijalankan.

Beliau menambah, rumah yang rosak berjumlah sekitar 445 unit, termasuk 38 yang “musnah sepenuhnya”.

Castillo turut memaklumkan bahawa pihaknya masih belum mempunyai angka kerosakan infrastruktur dan pertanian kerana operasi penilaian pantas kerosakan sedang dijalankan.

Ketua Polis Negara Filipina (PNP) Jeneral Jose Melencio Nartatez Jr. mengarahkan komander unit menilai infrastruktur serta anggota polis yang terjejas di kawasan yang dilanda Basyang.

“Langkah ini akan memastikan penyeliaan berkesan terhadap operasi bantuan dan pemulihan pascabencana,” kata Nartatez dalam satu kenyataan.

Penilaian awal menunjukkan talian komunikasi dan rantaian bekalan masih beroperasi di pejabat polis wilayah yang terjejas, katanya.

Anggota polis turut membantu pihak berkuasa tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat serta menyalurkan bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619