Perhimpunan: Polis tahan Zamri Vinoth, beberapa individu

7 Feb 2026, 4:36 PM
Perhimpunan: Polis tahan Zamri Vinoth, beberapa individu

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Polis menahan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth dan beberapa individu lain berhubung perhimpunan yang dirancang di depan sebuah kompleks beli-belah di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun hanya akan memberi perincian mengenai penahanan mereka pada sidang media hari ini.

“Butiran lanjut akan didedahkan esok (hari ini) menerusi sidang media,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati polis melakukan kawalan sebelum perhimpunan yang dirancang pada 9 malam tidak diteruskan.

Terdahulu, media melaporkan polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu setelah menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619