Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula 9 Februari

7 Feb 2026, 2:39 PM
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula 9 Februari

BANGI, 7 FEB: Perkhidmatan awam akan memulakan pelaksanaan pendekatan tanpa kertas bagi urusan mudah bermula 9 Februari, selaras usaha mempercepat pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata surat arahan rasmi mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan dan Unit Transformasi Digital juga diwujudkan bermula tarikh sama.

"Kita mulakan dengan program pendigitalan dalam perkhidmatan awam bagi perkara-perkara yang mudah, tiada lagi kertas,” katanya pada sidang media selepas Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Tahun 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Shamsul Azri berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek pembangunan yang dapat memberi kesan segera kepada kesejahteraan rakyat.

Antara keutamaan termasuk kerja-kerja membaiki jalan, membaik pulih bangunan sekolah serta penyediaan kemudahan awam yang lebih selesa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619