45 kura-kura pelbagai spesies dirampas, tiga lelaki dicekup polis

6 Feb 2026, 8:07 AM
45 kura-kura pelbagai spesies dirampas, tiga lelaki dicekup polis

KANGAR, 6 FEB: Polis menahan tiga lelaki dalam lingkungan 40-an kerana memiliki pelbagai spesies kura-kura tanpa kebenaran dipercayai untuk dijual dalam pasaran gelap menerusi serbuan berasingan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata tiga lelaki itu masing-masing ditahan di kawasan Taman Perlis di sini, Jalan Kaki Bukit dan kawasan hutan kebun di Padang Besar menerusi operasi bersepadu pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata operasi melibatkan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB)/Perisikan Siasatan Khas (PSK) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Serbuan merampas 45 kura-kura hidup pelbagai spesies yang memerlukan lesen atau permit sah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dengan tiga lelaki tersebut gagal berbuat demikian.

“Barangan lain turut dirampas ialah dadah jenis syabu dan ganja seberat 60 gram serta lima sarang burung tempua yang juga kawalan di bawah akta Jabatan PERHILITAN, telur dipercayai telur kura-kura dan siung serta peralatan dipercayai berkaitan dengan aktiviti haram ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM287,395 dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619