Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Iran

5 Feb 2026, 12:48 PM
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Iran

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran buat masa ini, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang tidak menentu di negara berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Dalam nasihat media yang dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di Iran supaya mempertimbangkan untuk membuat pengaturan perjalanan yang sewajarnya melalui kemudahan komersial yang ada.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang memutuskan untuk terus kekal di Iran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam berskala besar, dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Bahagian Konsular kementerian semasa waktu pejabat di talian +603-8887 4597, +603-8887 4769, +603-8887 4264 atau melalui e-mel di bkrm@kln.gov.my.

Kementerian juga boleh dihubungi selepas waktu pejabat melalui talian bantuan kecemasan di +603-8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.

Wisma Putra memaklumkan bahawa kementerian akan terus memantau situasi tersebut dengan teliti dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619