Amaran ribut petir hingga 9 malam, tujuh daerah Selangor antara terjejas

4 Feb 2026, 9:48 AM
Amaran ribut petir hingga 9 malam, tujuh daerah Selangor antara terjejas

SHAH ALAM, 4 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku di Kedah melibatkan Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, serta di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Selangor, kawasan terjejas melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Bagi Johor, amaran cuaca dikeluarkan bagi daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri meliputi Subis, Beluru, Miri dan Marudi, serta Limbang.

Sementara itu di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan serta Kudat (Kota Marudu).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Menurut MetMalaysia amaran ini adalah bersifat jangka pendek dan sah selama maksimum enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619