Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta

3 Feb 2026, 9:11 AM
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta

PUTRAJAYA, 3 FEB: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang di Johor.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata susulan tindakan pembatalan itu pemandu terbabit tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

“MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan bagi keselamatan penumpang.

Media baru-baru ini melaporkan polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita di Johor Bahru susulan satu video yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Video tular berkenaan dipercayai dirakam oleh penumpang wanita terbabit sehingga latar belakang pemandu itu tular di laman sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619