16 maut susulan cuaca sejuk melampau di New York - Mamdani

3 Feb 2026, 4:18 AM
16 maut susulan cuaca sejuk melampau di New York - Mamdani

WASHINGTON, 3 FEB: Sekurang-kurangnya 16 penduduk New York dilaporkan meninggal dunia susulan cuaca sejuk melampau, menurut Datuk Bandar Zohran Mamdani pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Ahad, Mamdani memaklumkan bahawa 14 orang meninggal dunia di New York.

“Setakat pagi ini, 16 warga New York kehilangan nyawa di luar rumah semasa tempoh cuaca sejuk yang ekstrem ini,” kata Mamdani kepada pemberita.

Mamdani berkata hipotermia dipercayai punca 13 kes kematian manakala tiga penduduk lagi maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Menurut laporan, ribut salji yang melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) menjejaskan lebih 200 juta orang, dengan jumlah kematian melebihi 100 orang.

Selain itu, ribuan penerbangan dibatalkan di seluruh negara, manakala keadaan jalan raya yang berais di AS menyebabkan peningkatan insiden kemalangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619