1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung kerana tidak patuh syarat

1 Feb 2026, 1:11 PM
1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung kerana tidak patuh syarat
1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung kerana tidak patuh syarat
1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung kerana tidak patuh syarat
1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung kerana tidak patuh syarat

MAKKAH, 1 FEB: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan penggantungan kontrak sedia ada dengan 1,800 agensi pelancongan asing daripada kira-kira 5,800 agensi yang beroperasi dalam sektor umrah.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan langkah itu termasuk memberikan tempoh 10 hari kepada agensi terjejas untuk membetulkan kekurangan yang dikenal pasti semasa penilaian berkala, yang mendedahkan kelemahan dalam prestasi dan kualiti perkhidmatan.

Menurut kementerian, penggantungan itu hanya terpakai bagi pengeluaran visa baharu dan merupakan sebahagian daripada pendekatan pengawalseliaan yang direka untuk membantu agensi menangani isu pengkelasan dan meningkatkan pematuhan terhadap piawaian yang diluluskan.

Kontrak akan diaktifkan semula sebaik syarat dipenuhi dalam tempoh yang diberikan.

Kementerian menekankan bahawa jemaah yang mempunyai visa sah atau tempahan sedia ada tidak akan terjejas, dan perkhidmatan akan diteruskan tanpa gangguan.

Jurucakap kementerian Ghassan Alnwaimi, berkata tindakan pengawalseliaan akan diambil terhadap mana-mana agensi yang gagal membetulkan kekurangan mereka sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Beliau menambah kementerian akan terus menggunakan alat pemantauan dan penilaian untuk mengukuhkan kebolehpercayaan sektor umrah serta melindungi hak-hak jemaah.

- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619