Cuaca buruk di Selangor, KL dan beberapa negeri hingga 10 malam

1 Feb 2026, 12:15 PM
Cuaca buruk di Selangor, KL dan beberapa negeri hingga 10 malam

SHAH ALAM, 1 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak sehingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Selangor, cuaca buruk dijangka melibatkan daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah serta Kampar, manakala di Pahang melibatkan Bentong.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi daerah Jelebu di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) serta Limbang (Lawas).

Sementara itu, di Sabah, cuaca buruk diramal melibatkan kawasan Pedalaman termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan dan Penampang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Menurut MetMalaysia amaran ini adalah bersifat jangka pendek dan sah selama maksimum enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619