Operasi percubaan Rafah bermula, harapan baharu buat penduduk Gaza

1 Feb 2026, 10:10 AM
Operasi percubaan Rafah bermula, harapan baharu buat penduduk Gaza

GAZA, 1 FEB: Operasi percubaan pembukaan sempadan Rafah, satu-satunya laluan keluar Gaza ke dunia luar di sempadan Mesir, bermula pada pagi Ahad, menandakan pembukaan semula pertamanya selepas lebih setahun setengah ditutup hampir sepenuhnya semasa pencerobohan Israel, menurut media tempatan.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan bahawa pegawai media di pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Baitulmuqaddis, Shadi Othman berkata operasi percubaan sedang dijalankan di laluan di sempadan itu pada Ahad bagi memudahkan pergerakan rakyat Palestin dari dan ke Semenanjung Gaza.

Bercakap kepada Radio Voice of Palestine, Othman berkata objektif utama pada peringkat ini adalah untuk memastikan sempadan dibuka dari kedua-dua arah, membolehkan penumpang masuk dan keluar dengan lancar.

Beliau menegaskan bahawa rujukan undang-undang yang mentadbir peranan EU di sempadan Rafah adalah berdasarkan perjanjian terdahulu, terutamanya Perjanjian 2005, sambil menyatakan bahawa peranan EU memfokuskan kepada pemantauan bagi memastikan pelaksanaan standard yang dipersetujui.

Othman mengingatkan bahawa EU pernah hadir semasa tempoh pembukaan sempadan sebelum ini, terutamanya semasa gencatan senjata pertama, yang membolehkan sebilangan penduduk meninggalkan Semenanjung Gaza.

Pada 7 Mei 2024, tentera pendudukan Israel menceroboh masuk ke sempadan darat Rafah dan menutup sepenuhnya, mengakibatkan pergerakan penumpang dan kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza terhenti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619