Kes denggi meningkat: Pelajar UiTM, KDEBWM turun padang gerak program bebas denggi

1 Feb 2026, 4:24 AM
Kes denggi meningkat: Pelajar UiTM, KDEBWM turun padang gerak program bebas denggi
Kes denggi meningkat: Pelajar UiTM, KDEBWM turun padang gerak program bebas denggi

SHAH ALAM, 1 FEB: Peningkatan kes denggi di daerah Petaling mendorong pelajar Sarjana Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tampil menggerakkan program gotong-royong bersama komuniti bagi membendung penularan penyakit berbahaya itu.

Wakil pelajar, Muhammad Iqbal Mohd Yusof berkata program yang dilaksanakan dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) itu memfokuskan Pangsapuri Taman Bunga Negara, Seksyen 27, di sini yang dikenal pasti antara kawasan mencatatkan kes denggi tinggi.

Wakil pelajar Muhammad Iqbal Mohd Yusof berucap ketika program Kesihatan Komuniti: Program Bebas Denggi di Pangsapuri Taman Bunga Negara MC6, Seksyen 27, Shah Alam pada 1 Februari 2026. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Data dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menunjukkan lokasi ini berisiko tinggi untuk kes denggi. Jadi kita harapkan kerjasama semua penduduk termasuk warga asing untuk mengambil peranan.

“Selain aktiviti gotong-royong, kami turut mengadakan pameran denggi dalam bahasa Melayu, inggeris, Nepal dan Myanmar supaya memudahkan penduduk faham.

“Dalam masa sama, pemeriksaan kesihatan asas juga turut ditawarkan kepada penduduk,” katanya berucap di Program Kesihatan Komuniti: Program Bebas Denggi 2026 hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Wan Shaharuddin Shah berkata kepadatan penduduk di kawasan berkenaan meningkatkan risiko penularan denggi, sekali gus menyukarkan usaha menjaga kebersihan persekitaran.

Ahli Majlis Wan Shaharuddin Shah berucap ketika program Kesihatan Komuniti: Program Bebas Denggi di Pangsapuri Taman Bunga Negara MC6, Seksyen 27, Shah Alam pada 1 Februari 2026. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, kawasan tersebut bukan sahaja merekodkan jumlah kes denggi yang tinggi, malah pernah mencatatkan kematian akibat penyakit berkenaan.

“Ancaman denggi adalah serius dan nyata. Justeru, program hari ini amat bertepatan bagi membanteras lokasi pembiakan nyamuk. Saya berharap semua penduduk dapat memberikan kerjasama,” katanya.

Dalam program berkenaan, KDEBWM menyediakan tong Roll-On Roll-Off (RoRo) bagi memudahkan penduduk membuang sampah sebelum dikutip pihaknya, selain menaja 150 cenderahati kepada penduduk setempat.

Penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan ketika program Kesihatan Komuniti: Program Bebas Denggi di Pangsapuri Taman Bunga Negara MC6, Seksyen 27, Shah Alam pada 1 Februari 2026. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619