Pembangunan mesti saksama, tiada rakyat tercicir

1 Feb 2026, 3:13 AM
Pembangunan mesti saksama, tiada rakyat tercicir
Pembangunan mesti saksama, tiada rakyat tercicir

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Setiap usaha pembangunan perlu dilaksanakan secara saksama agar hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa ada kelompok yang tercicir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, beliau berkata pembangunan negara tidak wajar diukur semata-mata berdasarkan pencapaian fizikal dengan bangunan tinggi, kemajuan infrastruktur serta kemodenan prasarana, sebaliknya perlu menyentuh kehidupan serta kebajikan rakyat.

“Setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat.

“Segala usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, agar hasil kemajuan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI akan terus diperkukuh demi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619