Tragedi lombong Congo: Lebih 200 terkorban runtuhan Coltan di Rubaya

31 Jan 2026, 8:57 AM
Tragedi lombong Congo: Lebih 200 terkorban runtuhan Coltan di Rubaya

KINSHASA (Congo), 31 JAN: Lebih 200 orang maut minggu ini dalam kejadian runtuhan di lombong “coltan” Rubaya di timur Republik Demokratik Congo, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) yang memetik kenyataan pegawai tempatan pada Jumaat.

Kejadian runtuhan itu berlaku pada Rabu, manakala jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih belum dapat dipastikan setakat petang Jumaat. Menurut pegawai, mangsa yang terlibat termasuk pelombong, kanak-kanak, dan wanita peniaga pasar. Beberapa mangsa berjaya diselamatkan dengan kecederaan parah, dan kira-kira 20 mangsa yang cedera kini menerima rawatan di kemudahan kesihatan.

Rubaya membekalkan kira-kira 15 peratus daripada pengeluaran “coltan” dunia, yang diproses menjadi tantalum - sejenis logam tahan haba yang mendapat permintaan tinggi daripada pengeluar telefon bimbit, komputer, komponen aeroangkasa, dan turbin gas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619