Gaji tak setimpal beban kerja, guru Jerman lancar mogok

30 Jan 2026, 12:33 AM
Gaji tak setimpal beban kerja, guru Jerman lancar mogok
Gaji tak setimpal beban kerja, guru Jerman lancar mogok
Gaji tak setimpal beban kerja, guru Jerman lancar mogok

BERLIN, 30 JAN: Kira-kira 12,000 guru dan pendidik melancarkan mogok di seluruh Jerman pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji yang ketara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Guru sekolah, pensyarah universiti serta pekerja lain dalam sektor pendidikan turun ke jalan raya di lima bandar utama termasuk Berlin, menurut kesatuan guru GEW.

Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan kenaikan minimum €300 (US$358) sebulan, bagi guru dan pekerja pendidikan lain yang bekerja di bawah kerajaan negeri persekutuan Jerman.

Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun di Leipzig dan 2,500 mengadakan demonstrasi di Hamburg.

Tindakan mogok selanjutnya dijangka berterusan sehingga pusingan ketiga rundingan gaji yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Feb.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619