Selangor kaji bekalan daging babi, penutupan ladang Tanjung Sepat dipercepat

29 Jan 2026, 7:53 AM
Selangor kaji bekalan daging babi, penutupan ladang Tanjung Sepat dipercepat

SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Negeri kini giat menjalankan kajian terperinci mengenai bekalan dan keperluan daging babi di negeri ini susulan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penutupan operasi penternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Tuanku (Sultan Selangor) minta kita laksana kajian berapa keperluan dan ia sedang dibuat. Berhubung penutupan, kita akan cuba laksana secepat mungkin, tahun ini.

“Kajian dilaksana termasuk sumber alternatif apabila penutupan dilaksana antaranya import dari luar. Apabila diimport dari luar, mungkin melibatkan harga naik, tetapi kita tidak mahu kenaikan melambung," katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian dan penzahiran laporan Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Shah Alam siri ke-2 di sini, hari ini.

Amirudin menjelaskan, ketika ini kira-kira 70 peratus bekalan daging babi di Selangor sebenarnya sudah diperoleh daripada negeri lain dan juga luar negara.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan rancangan pembinaan ladang ternakan babi di Bukit Tagar akan dibatalkan atau ditangguhkan sementara sebelum kaedah baharu dikenal pasti bagi menangani isu tersebut.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu lalu, dan EXCO Pertanian, Dato’ Ir Izham Hashim telah diarahkan untuk mencari kawasan alternatif yang lebih sesuai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619