MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar Puncak Alam, Saujana Utama

28 Jan 2026, 8:41 AM
MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar  Puncak Alam, Saujana Utama
MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar  Puncak Alam, Saujana Utama
MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar  Puncak Alam, Saujana Utama
MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar  Puncak Alam, Saujana Utama
MPKS laksana operasi premis warga asing sekitar  Puncak Alam, Saujana Utama

SHAH ALAM, 28 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan 18 kompaun dan 11 notis hasil Operasi Bersepadu Premis Warga Asing Daerah Kuala Selangor yang dijalankan di sekitar Puncak Alam dan Saujana Utama, Kuala Selangor, semalam.

MPKS memaklumkan, operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang itu melibatkan pemeriksaan ke atas 12 premis perniagaan merangkumi premis gunting rambut, pusat cuci kenderaan, kedai karpet, kedai perabot serta kedai runcit dan makan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lapan premis didapati beroperasi, manakala empat premis tidak beroperasi ketika operasi dijalankan," menurut kenyataan di Facebook.

Sepanjang operasi tersebut, tindakan penguatkuasaan diambil ke atas lapan premis melibatkan penutupan premis, pengeluaran kompaun serta notis atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, pelanggaran syarat lesen, kesalahan kebersihan, kesalahan iklan tanpa lesen serta ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Selain itu, tindakan sitaan peralatan perniagaan turut dilakukan ke atas tiga premis melibatkan peralatan gunting rambut, peralatan cuci kenderaan dan peralatan penyediaan makanan.

Menurut MPKS, operasi bersepadu itu mleibatkan seramai 40 anggota dengan kerjasama Jabatan Kawalan Bangunan MPKS, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam MPKS.

"Selain itu, operasi turut melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Selangor serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Selangor," menurut agensi itu.

Menurut MPKS, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi peruntukan undang-undang, syarat lesen serta tahap kebersihan yang ditetapkan.

"MPKS juga menasihatkan semua pengusaha premis perniagaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta mengambil tindakan segera bagi membetulkan sebarang ketidakpatuhan yang dikenal pasti," tegas MPKS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619