160 mesin oksigen tidak berdaftar disita, berisiko mudaratkan kesihatan

28 Jan 2026, 5:35 AM
160 mesin oksigen tidak berdaftar disita, berisiko mudaratkan kesihatan

SHAH ALAM, 28 JAN: Sebanyak 160 mesin oksigen perubatan tidak berdaftar bernilai RM19,712 disita oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di sebuah premis tidak berlesen di Puchong pada 13 Januari lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat MDA berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menemui bukti peletakan peranti perubatan berkenaan di pasaran yang berisiko memberi kesan negatif serta boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Kes ini disiasat bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), Seksyen 5(1) kerana meletakkan peranti perubatan yang tidak berdaftar di dalam pasaran.

“Sabit kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda tidak lebih RM200,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan.

MDA mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan peranti perubatan yang tidak berdaftar atau tanpa lesen sah.

Orang awam turut dinasihatkan agar sentiasa menyemak status pendaftaran peranti perubatan serta lesen syarikat pembekal melalui pautan https://mdar.mda.gov.my/ atau dengan melayari Portal MDA sebelum membuat sebarang pembelian.

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada MDA melalui Sistem Pengurusan Maklum Balas MDA (FEMES) di pautan http://www.femes.mda.gov.my/ bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan segera,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619