Selangor FC yakin kekal cemerlang lawan Cong An Hanoi

27 Jan 2026, 3:06 PM
Selangor FC yakin kekal cemerlang lawan Cong An Hanoi

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Ketua jurulatih baharu Selangor FC Kim Pan-gon optimis pasukannya mampu mengekalkan momentum positif dalam mengharungi saingan Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee apabila menentang wakil Vietnam, Cong An Hanoi FC pada aksi peringkat kumpulan esok.

Skuad Gergasi Merah akan menerima kunjungan naib juara edisi lepas itu dalam perlawanan keempat Kumpulan A dengan keyakinan tinggi, selepas meraih empat kemenangan berturut-turut dalam saingan domestik.

“Saya percaya kami telah membuat persiapan yang sangat baik dan amat berharap penyokong hadir ke stadium untuk memberikan sokongan yang akan menjadi suntikan semangat besar kepada kami.

“Kami sedang membina identiti serta kekuatan pasukan, khususnya di laman sendiri dan sasaran kami ialah memenangi setiap perlawanan di tempat sendiri. Pemain berada dalam keadaan yakin dan kami akan memberikan persembahan terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor kekal tidak tewas dalam penampilan sulung mereka dalam Piala Shopee musim ini, termasuk kemenangan ke atas Tampines Rovers FC dalam satu-satunya perlawanan di laman sendiri setakat ini.

Pasukan itu turut mengutip mata di tempat lawan hasil keputusan seri menentang juara bertahan Buriram United FC serta DH Cebu FC di Filipina, sekali gus menduduki tempat kedua Kumpulan A dengan baki dua perlawanan, satu mata di belakang pendahulu Tampines.

Dua pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619