Angka ekonomi positif perkukuh nilai ringgit, petanda keyakinan pelabur

27 Jan 2026, 5:09 AM
Angka ekonomi positif perkukuh nilai ringgit, petanda keyakinan pelabur
Angka ekonomi positif perkukuh nilai ringgit, petanda keyakinan pelabur
Angka ekonomi positif perkukuh nilai ringgit, petanda keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pengukuhan ringgit juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sejajar dengan peningkatan angkanya.

“(Pengukuhan) ringgit tidak harus dilihat secara terpisah (tetapi) harus dilihat juga dari segi peningkatan pelaburan dan pendapatan serta (kadar) pengangguran yang berkurangan.

“Angka ekonomi secara keseluruhannya menunjukkan petanda positif dan ini berjaya memperkukuh kedudukan ringgit,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai faktor kenaikan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesannya terhadap eksport dan import negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ringgit tidak menjejaskan aliran eksport dan import negara, malah kerajaan akan terus memperkukuh ekonomi dan menarik pelaburan asing.

“Apabila ringgit mengukuh ada kesan positifnya dan ada sedikit yang membimbangkan kerana ia terkait dengan eksport dan import barangan.

“Namun, pada keseluruhannya, jika kita lihat, tidak ada negara yang mahu nilai mata wang mereka itu merosot dan rendah luar daripada kekuatan yang sepatutnya dipertahankan,” kata beliau.

Pada pagi ini, ringgit diniagakan 3.9650/9750 berbanding dolar AS 3.9615/9670 ketika ditutup semalam. Kali terakhir ringgit dilihat pada paras ini adalah pada Mei 2018.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619