Bom dijumpai di ladang sawit Kuala Krai berjaya dimusnahkan - Polis

26 Jan 2026, 2:30 PM
Bom dijumpai di ladang sawit Kuala Krai berjaya dimusnahkan - Polis

KOTA BHARU, 26 JAN: Polis mengesahkan penemuan satu objek besi disyaki bom di kawasan ladang sawit milik syarikat Hidayah Yakin Sdn Bhd di Gua Ikan, Kuala Krai di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata Balai Polis Dabong menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan objek berkenaan pada 12.28 tengah hari sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan.

Beliau berkata Pasukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut berada di lokasi untuk menjalankan siasatan awal, selain kawasan kejadian ditutup sepenuhnya kepada orang awam.

“Hasil siasatan mendapati objek tersebut merupakan bom jenis Aerial “bom-air drop” dengan panjang kira-kira 58 sentimeter.

"Tindakan pemusnahan berjaya dilaksanakan pada 5.56 petang tadi tanpa melibatkan sebarang kerosakan harta benda awam atau kehilangan nyawa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya menemui sebarang objek atau bahan yang menyerupai bahan letupan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619