Aneka Walk Shah Alam dibuka Februari, tarikan baharu hab komuniti moden

21 Jan 2026, 7:09 AM
Aneka Walk Shah Alam dibuka Februari, tarikan baharu hab komuniti moden

SHAH ALAM, 21 JAN: Aneka Walk di Seksyen 14, Shah Alam, yang menampilkan konsep hab komuniti moden serta menjadi tarikan baharu bandar raya, dijangka dibuka untuk operasi Februari ini.

EXCO Infrastruktur, Dato’ Ir Izham Hashim, menerusi Facebook berkata kerja-kerja terakhir dan persiapan sedang dijalankan bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Aneka Walk adalah sebahagian daripada pembangunan SA Sentral melalui pelaburan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ia bakal menghidupkan semula laluan pejalan kaki antara Kompleks PKNS dan SACC Mall,” katanya.

EXCO Infrastruktur, Dato’ Ir Izham Hashim ketika meninjau kerja-kerja akhir projek Aneka Walk. Foto Facebook Izham Hashim

Aneka Walk yang dilengkapi lampu dan ruang muzik menjadi laluan berbumbung yang menghubungkan kompleks utama, membawa elemen hiburan, pesta kebudayaan, membeli-belah dan makanan.

Dikendalikan KRU Entertainment, projek ini juga membuka peluang perniagaan dan meningkatkan ekonomi bagi usahawan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619