Polis buru dua lelaki rompak kedai emas

21 Jan 2026, 12:05 AM
Polis buru dua lelaki rompak kedai emas

SHAH ALAM, 21 JAN: Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Seremban, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua-duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru. Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619