Gobind, Wei Kiat hulur RM60,000 bantu pusat jagaan di Rawang terus beroperasi

20 Jan 2026, 9:00 AM
Gobind, Wei Kiat hulur RM60,000 bantu pusat jagaan di Rawang terus beroperasi
Gobind, Wei Kiat hulur RM60,000 bantu pusat jagaan di Rawang terus beroperasi

SHAH ALAM, 20 JAN: Nasib Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sri Saradha Devi Illam Malaysia yang hampir kehilangan premis akhirnya terbela apabila Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo menghulurkan sumbangan RM50,000 bagi memastikan pusat kebajikan itu terus beroperasi. 

Menurut Gobind, pusat jagaan yang beroperasi selama 27 tahun di Rawang itu memerlukan sehingga RM800,000 bagi mengelakkan bangunan yang telah digunakan sejak sekian lama dijual oleh pemilik premis. 

“Dengan sumbangan RM50,000 ini serta sokongan derma daripada pelbagai pihak, pusat jagaan ini berjaya diselamatkan dan dapat meneruskan operasi serta aktiviti kebajikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo melawat Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sri Saradha Devi Illam Malaysia di New Green Park, Rawang pada 18 Januari 2026. Mereka berinteraksi dengan penghuni dan meninjau pengurusan serta keperluan semasa pusat jagaan. Foto: Facebook Gobind Singh Deo

Gobind turut meluangkan masa melawat pusat tersebut, berinteraksi dengan para penghuni dan meninjau pengurusan serta keperluan semasa pusat jagaan itu. 

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat memaklumkan beliau turut hadir dalam lawatan ke pusat jagaan berkenaan di New Green Park pada Ahad lalu. 

Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo melawat Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sri Saradha Devi Illam Malaysia di New Green Park, Rawang pada 18 Januari 2026. Mereka berinteraksi dengan penghuni dan meninjau pengurusan serta keperluan semasa pusat jagaan. Foto: Facebook Gobind Singh Deo

Dalam kenyataan berasingan, Wei Kiat berkata beliau menyumbang RM10,000 dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu mengumpul dana dalam tempoh singkat. 

“Inilah bukti semangat empati dan keprihatinan masyarakat kita,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619