HATIS 2025–2030: Tekad MAIS perkukuh tadbir urus institusi Islam

14 Jan 2026, 5:58 AM
HATIS 2025–2030: Tekad MAIS perkukuh tadbir urus institusi Islam

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Buku Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor (HATIS) 2025–2030 sebagai langkah strategik memperkukuh tadbir urus institusi Islam dan memastikan pengurusan hal ehwal Islam dilaksanakan secara lebih mampan.

Pengerusinya Datuk Salehuddin Saidin berkata buku berkenaan berperanan sebagai pelan induk strategik yang dirangka bersama organisasi di bawah Pentadbiran Islam Selangor bagi menetapkan hala tuju pengurusan serta pembangunan hal ehwal Islam sehingga 2030.

Dato' Salehuddin Saidin berucap ketika Majilis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Januari 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“HATIS ini dirangka bagi memastikan setiap perancangan dan tindakan dapat dilaksanakan secara teratur, bersepadu dan berkesan, selari dengan aspirasi kelestarian serta keperluan masyarakat Islam di Selangor,” katanya ketika menyampaikan perutusan 2026 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , hari ini.

Pelan hala tuju itu menggariskan enam teras strategik utama merangkumi aspek akidah, pendidikan, dakwah dan keluarga; pengurusan masjid dan pembangunan ummah; kebajikan dan ekonomi ummah; pengukuhan kutipan zakat dan wakaf; perundangan dan kehakiman syariah; serta tadbir urus dan kecemerlangan organisasi.

Dato' Salehuddin Saidin menyampaikan Buku Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor 2025-2030 (HATIS) kepada wakil Universiti Islam Selangor (UIS) ketika Majilis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Januari 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Salehuddin turut menyeru warga MAIS, agensi serta anak syarikat agar terus meningkatkan tahap produktiviti, khususnya dalam aspek tadbir urus, kompetensi, disiplin, pematuhan masa dan kecekapan pelaksanaan tindakan.

“Saya berharap kita dapat meneruskan momentum kecemerlangan yang natijahnya akan menghasilkan kejayaan bermakna untuk umat Islam di negeri Selangor,” katanya.

Turut hadir Setiausaha MAIS Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta anak syarikat MAIS, selain barisan pengurusan tertinggi dan pegawai MAIS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619