Alat kimpalan meletup, seorang maut

13 Jan 2026, 1:59 PM
Alat kimpalan meletup, seorang maut
Alat kimpalan meletup, seorang maut

SHAH ALAM, 13 JAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat melecur akibat letupan alat kimpalan hingga mencetus kebakaran sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Mohd Hafidzatullah Rashid ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.32 tengah hari, lapor Berita Harian.

Katanya, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera kemudian bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat dan tidak enam minit kemudian.

Beliau berkata, sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun melecur sehingga 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang lagi mangsa lelaki berusia 32 tahun mengalami kira-kira lima peratus kesan lecur pada badan.

"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, ketika ini operasi masih berterusan di lokasi dan pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619