500 anak Sepang terima set kelengkapan sekolah

10 Jan 2026, 3:15 PM
500 anak Sepang terima set kelengkapan sekolah

SEPANG, 10 JAN: Seramai 500 pelajar dan murid dari Parlimen Sepang menerima kelengkapan persekolahan merangkumi antaranya set pakaian sekolah, alat tulis, kasut serta beg galas bernilai RM183 seorang.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata program itu anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Ini sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban ibu bapa dan memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersedia.

“Kerajaan Madani akan terus komited membantu golongan memerlukan, khususnya dalam aspek pendidikan agar tiada anak yang tercicir dan setiap generasi berpeluang membina masa depan lebih baik,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Aiman Athirah berkata pada peringkat Parlimen Sepang, sebanyak RM3.7 juta peruntukan telah disalurkan oleh Ahli Parlimennya dengan lebih RM1 juta dikhususkan untuk inisiatif pendidikan bagi memastikan akses dan sokongan pendidikan menyeluruh kepada masyarakat setempat.

“Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin semangat buat anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pendidikan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619