Tun Dr Mahathir teruskan rawatan di IJN

10 Jan 2026, 10:21 AM
Tun Dr Mahathir teruskan rawatan di IJN

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya, Selasa lepas.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Tun Dr Mahathir akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan setelah perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur yang memutuskan rawatan berkenaan sebagai pilihan terbaik.

“Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Tun Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“Buat masa ini juga, Tun Dr Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat,” katanya.

Terdahulu, pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN 6 Jan lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dekat sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619