YAWAS maklum penangguhan sementara Baucar Skim Mesra Fasa 1/2026

5 Jan 2026, 8:02 AM
YAWAS maklum penangguhan sementara Baucar Skim Mesra Fasa 1/2026

SHAH ALAM, 5 JAN: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan Baucar Skim Mesra Fasa 1/2026 ditangguhkan buat sementara waktu dan akan dimaklumkan semula kepada ahli yang terlibat.

Menerusi hantaran di Facebook, YAWAS memaklumkan penangguhan tersebut adalah bersifat sementara dan ahli Skim Mesra diminta bersabar sementara menunggu pemakluman rasmi berhubung tuntutan baucar berkenaan.

Menurut kenyataan itu, maklumat berkaitan tuntutan Baucar Skim Mesra Fasa 1/2026 akan disalurkan kepada ahli melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) rasmi daripada YAWAS.

YAWAS turut menasihatkan ahli Skim Mesra supaya sentiasa merujuk laman sesawang rasmi mesra.yawas.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini serta pengesahan sebarang perkembangan berkaitan skim tersebut.

Yayasan itu juga merakamkan penghargaan atas kerjasama dan kesabaran ahli Skim Mesra sepanjang tempoh penangguhan sementara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619