100 murid B40 terima baucar RM300 beli kelengkapan sekolah MBPJ

4 Jan 2026, 8:31 AM
100 murid B40 terima baucar RM300 beli kelengkapan sekolah MBPJ
100 murid B40 terima baucar RM300 beli kelengkapan sekolah MBPJ
100 murid B40 terima baucar RM300 beli kelengkapan sekolah MBPJ

SHAH ALAM, 4 DIS: Seramai 100 murid daripada keluarga B40 di Petaling Jaya menerima baucar pembelian kelengkapan persekolahan sumbangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat MBPJ Ku Mustafa Ku Mohamad berkata baucar bernilai RM300 bertujuan meringankan beban ibu bapa sekali gus mencerminkan keprihatinan MBPJ terhadap cabaran kos sara hidup.

Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ku Mustafa Ku Mohamad ditemui media pada program sumbangan Baucar Membeli Belah Jom Kembali Ke Sekolah 2026 di Mydin Mall Subang jaya pada 4 Januari 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

"Sumbangan tahunan ini membantu keluarga B40 di sekitar Petaling Jaya untuk menyediakan kelengkapan anak-anak mereka.

“Setiap keluarga menerima baucar tunai RM300 untuk membeli keperluan sekolah anak-anak," katanya.

Ditemui selepas program Sumbangan Baucar Membeli-Belah Jom Kembali Ke Sekolah 2026 di Mydin Subang Jaya, hari ini, Ku Mustafa berkata penerima baucar dipilih berdasarkan data e-Kasih, iaitu keluarga yang mendaftar di platform tersebut.

Beliau menambah, MBPJ akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan B40 pada masa hadapan, terutamanya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya.

Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ku Mustafa Ku Mohamad (belakang, tengah)bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan Baucar Membeli Belah Jom Kembali Ke Sekolah 2026 di Mydin Mall Subang jaya pada 4 Januari 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Selain itu, MBPJ turut memperkukuh sokongan mobiliti pelajar melalui perkhidmatan bas percuma PJ City Bus yang beroperasi sepanjang laluan PJ01 hingga PJ06, memberi manfaat kepada pelajar sekolah di Petaling Jaya dan membantu mengurangkan kos pengangkutan harian keluarga.

Langkah ini selari dengan aspirasi MBPJ menjadikan Petaling Jaya bandar raya inklusif, prihatin dan berdaya tahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619