Kerajaan bantu bawa pulang 36 jemaah umrah terkandas di Madinah

4 Jan 2026, 6:47 AM
Kerajaan bantu bawa pulang 36 jemaah umrah terkandas di Madinah
Kerajaan bantu bawa pulang 36 jemaah umrah terkandas di Madinah

TANJONG MALIM, 4 JAN: Kerajaan akan membantu membawa pulang 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata maklumat berhubung insiden berkenaan telah diterima dan tindakan pengesahan sedang dilaksanakan.

"Insya-Allah mereka akan dibantu dan pulang dengan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan #MADANI Membantu Jom Ke Sekolah 2026 di Dewan Muallim Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan 36 jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah kerana masih belum mempunyai tiket penerbangan pulang ke tanah air dan mendesak agensi terlibat supaya menyegerakan urusan tersebut.

Mengenai isu kuota haji tahun ini, Zulkifli berkata Malaysia masih menunggu maklum balas kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji yang dikemukakan sebelum ini.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji dengan harapan pertambahan kuota dapat diberikan kepada kita untuk jemaah tahun ini," katanya.

Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan menjangkakan bilangan jemaah haji negara akan bertambah pada masa hadapan berbanding kuota semasa 31,600, dan Malaysia sudah memohon kuota tambahan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619