13 maut, 98 cedera kereta api tergelincir di Mexico

29 Dis 2025, 3:34 AM
13 maut, 98 cedera kereta api tergelincir di Mexico
13 maut, 98 cedera kereta api tergelincir di Mexico

MEXICO CITY, 29 DIS: Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api penumpang yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.

Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.

“Anggota penyelarasan perlindungan awam dan pengurusan risiko negeri, polis trafik negeri serta pasukan ambulans kini berada di lokasi bagi memberikan bantuan, dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut. Kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini,” kata gabenor itu.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619