Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang

29 Dis 2025, 2:47 AM
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang
Darul Ehsan Berselawat acara ditunggu-tunggu umat Islam di Lembah Klang

GOMBAK, 29 DIS: Program Darul Ehsan Berselawat yang dianjur Kerajaan Negeri sejak 2022 disifatkan sebagai acara yang ditunggu-tunggu, khususnya bagi umat Islam di sekitar Lembah Klang.

Bagi pelajar, Qayyim Irfan Abdul Kahar, 23, berkata program Darul Ehsan Berselawat di Gombak merupakan acara kali ketiga disertainya, selain beberapa program serupa di negeri-negeri lain.

“Saya tahu mengenai program ini daripada rakan saya. Saya juga merupakan pelajar jurusan agama dan saya suka dan sudah biasa dengan acara selawat seperti ini.

Qayyim Irfan Abdul Kahar

“Ini kali ketiga saya datang ke Darul Ehsan Berselawat. Sebelum ini saya ada juga ke Kedah untuk acara selawat juga.

“Memang saya tunggu-tunggu (acara ini), kadang-kadang kita tidak sempat berselawat tapi dengan program ini seronok berselawat ramai-ramai,” katanya kepada Media Selangor.

Nur Fadilah Shabrina Safie

Sementara itu, jurujual, Nur Fadlilah Shabrina Safie, 22, berkata beliau sanggup mengambil cuti bagi menghadiri Darul Ehsan Berselawat di Gombak kerana meminati alunan selawat dan zikir kumpulan Majelis Az Zahir dari Indonesia.

“Saya tahu program ini dari media sosial. Ini kali ketiga saya datang, saya amat meminati Majelis Az Zahir. Memang saya tunggu-tunggu acara ini, sangat bersyukur juga kerana Selangor jemput Majelis Az Zahir,” katanya.

Ahmad Fauzan Rahman

Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Damansara Perdana, Ahmad Fauzan Rahman, 23, berkata beliau berkesempatan hadir ke Darul Ehsan Berselawat selepas melihat maklumat hebahan di Media Selangor.

“Saya tahu daripada laman sosial Media Selangor. Kali terakhir saya datang di Shah Alam sebelum ini. Saya memang suka hadir acara ini kerana mendekatkan diri kita dengan Rasulullah S.A.W,” katanya.

Terdahulu, ribuan penduduk Gombak membanjiri kawasan lapang di Taman Sri Gombak Fasa 3 di sini, bagi mengimarahkan program Darul Ehsan Berselawat malam tadi.

Program yang diadakan sempena Festival Kesenian Islam Selangor Daerah Gombak itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Program berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Dalail Khairat, lantunan qasidah daripada kumpulan Angham Anisah serta persembahan kumpulan Majelis Az Zahir.

Darul Ehsan Berselawat peringkat Gombak turut diserikan dengan tausiyah yang disampaikan ustaz Azian Man dan diakhiri dengan persembahan selawat oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf serta Majelis Az Zahir.



Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619