Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025

29 Dis 2025, 12:49 AM
Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025
Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025
Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025
Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025
Selangor naib juara Liga Wanita Nasional 2025

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Hasrat Sabah FA untuk menamatkan kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 tanpa kalah tidak kesampaian selepas tewas tipis kepada Selangor FC 0-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini.

Sabah yang telah pun mengesahkan kejuaraan saingan bola sepak wanita tempatan itu, ketinggalan pada minit ke-19 apabila ketua pasukan Selangor Nur Ainsyah Murad melepaskan rembatan deras untuk meletakkan pasukan lawan di depan.

Sabah berpeluang menyamakan jaringan namun sepakan percuma ketua pasukan Win Theingi Tun hinggap di palang Selangor pada minit ke-34 dan kedudukan tersebut kekal hingga babak pertama tamat.

Bersambung babak kedua, Selangor hampir menambah jaringan namun sepakan percuma pemain tengah Jang Bojeong tersasar di sebelah kiri gawang Sabah pada minit ke-50.

Peluang terbaik Sabah pada separuh masa kedua hadir di penghujung perlawanan namun percubaan dari sebelah kanan oleh pemain tengah Haindee Mosroh ditepis keluar penjaga gol Selangor Daiyana Wardina Mohd Rosdi pada minit ke-88.

Keputusan tersebut menyaksikan rekod tanpa kalah mereka akhirnya lebur pada perlawanan terakhir musim ini dan menoktahkan kempen kali ini dengan 37 mata selepas 14 perlawanan.

Selangor pula mengesahkan status selaku naib juara LWN 2025 dengan mengumpul 34 mata.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619