Lebih 7,000 lot tanah kubur Islam disedia di Sungai Tua menjelang 2027

28 Dis 2025, 8:26 AM
Lebih 7,000 lot tanah kubur Islam disedia di Sungai Tua menjelang 2027
Lebih 7,000 lot tanah kubur Islam disedia di Sungai Tua menjelang 2027

GOMBAK, 28 DIS: Lebih 7,000 lot tanah kubur akan disediakan untuk kemudahan umat Islam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tua menjelang 2027, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tapak perkuburan baharu seluas 9.8 ekar di Sungai Kertas itu akan mengatasi isu kesesakan tempat pengebumian jenazah orang Islam.

“Kita bergantung dengan tapak (kubur) di Selayang dan juga di kawasan Sungai Tua sebelum ini. Tapak itu boleh dikatakan dah habis, namun dengan adanya tapak baharu untuk fasa satu ini, paling tidak ada 600 tapak yang akan disiapkan.

“Jadi penduduk di kawasan sekitar DUN Sungai Tua, terutamanya kariah Masjid Jamiatus Solahiah, Masjid Nakhoda dan juga Masjid Wira Damai boleh menggunakan tapak tersebut pada masa depan untuk menempatkan jenazah-jenazah orang Islam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas selesai melawat tapak perkuburan baharu bersama Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Selayang (MPS), LAr. Mokhtar Affandi Abdul Ghani dan Ketua Kampung Sungai Tua Baharu Gombak, Zulkifli Hamzah.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua menjelaskan tapak perkuburan seliaan MPS itu mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun lagi.

“Fasa pertama akan siap pada tahun hadapan dan saya ucap terima kasih atas kerjasama,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada sidang Dewan Negeri Selangor 2024, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak memaklumkan pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor mendapati terdapat 30 Tanah Perkuburan Islam yang berkeluasan 360 ekar telah diwartakan di Gombak.

Namun penggunaan tapak tersebut adalah terhad susulan 200 ekar tapak perkuburan di situ adalah kawasan berbukit dan bercerun, sekali gus memerlukan pembukaan tanah baru.

Turut dilaporkan, JAIS berusaha mencari tapak baharu dengan kawasan lebih besar dan merentas kariah, tidak di kawasan cerun dan berbukit kerana kesukaran untuk proses perataan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619