Kestabilan dasar, berani laksana reformasi dorong kejayaan Kerajaan Madani

28 Dis 2025, 3:48 AM
Kestabilan dasar, berani laksana reformasi dorong kejayaan Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat menjadi pendorong kejayaan Kerajaan MADANI hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif.

Pada peringkat antarabangsa pula, Perdana Menteri berkata hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia, telah membuka ruang kepada pelaburan strategik selain memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.

“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619