710 saman dikeluarkan JSPT Selangor sempena Krismas

26 Dis 2025, 7:02 AM
710 saman dikeluarkan JSPT Selangor sempena Krismas

SHAH ALAM, 26 DIS: Sebanyak 710 saman pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Kontinjen Selangor dalam Ops Khas sempena sambutan Krismas kali ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya turut menahan 10 individu di Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya dan Gombak dengan enam daripadanya disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1953.

“Selain itu, polis turut menyita 47 motosikal dan sebuah kereta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Op Khas secara serentak yang dijalankan di setiap daerah itu berdasarkan perancangan strategik bagi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Ia antaranya bertujuan untuk melaksanakan pencegahan aktiviti samseng jalanan, pemanduan di bawah pengaruh alkohol serta pencegahan jenayah sempena musim perayaan.

“Secara keseluruhan operasi ini berjalan lancar dan terkawal serta berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pematuhan undang-undang serta memberikan rasa selamat kepada masyarakat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619