Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9 malam

25 Dis 2025, 12:00 PM
Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9 malam

SHAH ALAM, 25 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Kelantan melibatkan daerah Gua Musang.

Di Pahang, cuaca buruk dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Maran dan Bera, sementara di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Melaka.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching meliputi Bau dan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) serta Miri (Telang Usan).

Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat meliputi Papar dan Penampang, serta Sandakan (Tongod).

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619