MBPJ, JPJ jalin kerjasama, pertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan berat

23 Dis 2025, 4:53 AM
MBPJ, JPJ jalin kerjasama, pertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan berat
MBPJ, JPJ jalin kerjasama, pertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan berat
MBPJ, JPJ jalin kerjasama, pertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan berat

SHAH ALAM, 23 DIS: Dalam usaha memperkukuh keselamatan jalan raya dan melindungi kepentingan awam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui pelaksanaan enam siri operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan berat.

MBPJ dalam kenyataan memaklumkan tindakan tegas dan berterusan itu diambil susulan aduan orang awam serta analisis risiko yang mendapati ketidakpatuhan terhadap syarat permit antara punca utama kerosakan struktur jalan, gangguan aliran trafik dan peningkatan risiko kemalangan.

“Ketidakpatuhan ini bukan sahaja menjejaskan infrastruktur, malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain,” menurut kenyataan itu menerusi Facebook MBPJ semalam.

Operasi tertumpu kepada pemantauan laluan yang sering menjadi sasaran pemandu kenderaan berat yang gagal mematuhi had muatan dan laluan dibenarkan di kawasan sekitar Petaling Jaya.

Sehubungan itu, MBPJ memberi peringatan kepada pemilik dan pengendali kenderaan berat agar mematuhi syarat permit, had muatan dan laluan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja mengundang tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi, malah boleh dikenakan kompaun, sitaan kenderaan serta tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada,” tegas MBPJ.

Kementerian Pengangkutan mewajibkan pemasangan Speed Limitation Device (SLD) secara berperingkat mulai 1 Oktober 2025 ke atas semua kenderaan berat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan peranti itu bertujuan memastikan pemanduan kenderaan berat lebih terkawal dan mematuhi had kelajuan bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619