Mulai 1 Januari, PBT diberi tanggungjawab kutip caj kelestarian

22 Dis 2025, 2:48 AM
Mulai 1 Januari, PBT diberi tanggungjawab kutip caj kelestarian
Mulai 1 Januari, PBT diberi tanggungjawab kutip caj kelestarian

SHAH ALAM, 21 DIS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi tanggungjawab mengutip caj kelestarian yang dikenakan kepada pelancong bermalam mulai 1 Januari 2026.

EXCO pelancongan berkata pemain industri melibatkan pengusaha hotel, inap desa dan AirBnb turut diberi tempoh sehingga enam bulan untuk mempraktikkan sistem terbabit sekali gus memudahkan urusan pendataan.

“Pelaksanaan ini akan beri kesan kepada transaksi. Ada perubahan yang perlu mereka selaraskan,  jadi kita beri masa antara tiga hingga enam bulan untuk praktikkan.

“Dalam tempoh ini kita lebih kepada mendidik, cara kiraan kutipan caj sebelum laporan dan jumlahkan diserahkan dan kepada PBT,” kata Dato’ Ng Suee Lim kepada Media Selangor.

Pada November, beliau mengumumkan Selangor akan mengenakan caj ke atas semua jenis penginapan termasuk hotel, inap desa dan Airbnb bermula Januari bagi menampung kos penyenggaraan serta penambahbaikan infrastruktur negeri.

Jelasnya, kutipan caj kelestarian itu tidak akan membebankan pelancong, sebaliknya membantu pengusaha mengekalkan fasiliti dan memelihara kelestarian alam sekitar.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619