Selangor terajui industri dron, tawar geran teroka industri

21 Dis 2025, 5:12 AM
Selangor terajui industri dron, tawar geran teroka industri
Selangor terajui industri dron, tawar geran teroka industri

SHAH ALAM, 21 DIS: Selangor menjadi antara negeri terawal menerajui pembangunan ekosistem industri dron menerusi penubuhan Task Force Dron Negeri Selangor (TFDS), baru-baru ini.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah berkata TFDS yang diketuainya itu mengetengahkan SELATI sebagai sekretariat, selain dianggotai beberapa agensi aeroangkasa terkemuka.

“Dalam pelan tindakan dron ini, kita ada beberapa agensi seperti Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Pelan tindakan ini akan menjadi pusat dan mencari keperluan negeri untuk penggunaan dron seperti hutan terbakar, hakisan pantai, pembangunan tidak terancang dan sebagainya.

“Kemudian kita akan tawarkan ke syarikat luar untuk meneroka penyelesaian dan penggunaan teknologi dron yang bersesuaian. Ia seperti match maker,” katanya kepada Media Selangor.

Dr Fahmi menambah, Kerajaan Negeri turut menyediakan geran kepada pihak industri untuk meneroka penggunaan dron yang lebih canggih serta meningkatkan kepakaran sedia ada.

Jelasnya, pelan tindakan ini juga dijangka memberikan elemen penjimatan kepada agensi terlibat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selain kawalan dalam penggunaan teknologi dron.

“Selepas ini kita akan bertemu PBT untuk kenalpasti kes-kes yang memerlukan perkhidmatan dron. Kita sediakan dana awal sebanyak RM500,000 untuk laksanakan pelan tindakan ini bermula awal tahun depan,” katanya.

Pada Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Kerajaan Negeri menyedia RM2 juta khusus untuk meneroka dan membangunkan teknologi dron.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, usaha itu akan dibuat menerusi SELATI bagi memastikan Selangor menjadi antara pusat pembangunan dron utama di Asia Tenggara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619