Gagal patuhi piawaian acara, Selangor FC didenda lebih RM60,000

21 Dis 2025, 3:49 AM
Gagal patuhi piawaian acara, Selangor FC didenda lebih RM60,000

SHAH ALAM, 21 DIS: Selangor FC dikenakan denda sebanyak RM62,174 (AS$15,250) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membabitkan tiga kesalahan ketika Liga Juara-Juara Asia 2 pada 6 November.

Kesalahan pertama melibatkan kelewatan permulaan separuh masa kedua perlawanan selama satu minit 42 saat apabila wakil kelab didapati gagal mematuhi tatacara pertandingan, lapor Harian Metro.

Berikutan itu, pasukan berkenaan yang juga tuan rumah diarahkan membayar denda sebanyak RM5,096 selepas didapati melanggar Artikel 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC.

Dalam kesalahan kedua, Gergasi Merah didenda sebanyak RM28,539 kerana melanggar Artikel 65.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC berikutan dua penyokong menceroboh padang semasa perlawanan berlangsung.

Denda ketiga berjumlah RM28,539 pula dikenakan kerana melanggar Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Jumlah keseluruhan denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan selaras Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC," menurut kenyataan badan induk itu.

Sementara itu, Persib Bandung selaku pasukan pelawat didenda AS$30,000 (RM122,310) atas kesalahan melibatkan kelakuan penyokong selaras Artikel 65.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Menurut AFC, seramai 20 penonton yang berkaitan dengan kelab Indonesia itu didakwa menceroboh kawasan padang sepanjang perlawanan berlangsung.

Selain itu, tiga lagi penonton turut didakwa menceroboh padang, manakala penyokong Persib Bandung juga dilaporkan membaling kira-kira lapan objek ke dalam padang atau kawasan sekitar padang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619