JPJ Terengganu ambil tindakan ke atas 16,396 pemilik, penunggang motosikal

21 Dis 2025, 2:04 AM
JPJ Terengganu ambil tindakan ke atas 16,396 pemilik, penunggang motosikal

KUALA TERENGGANU, 21 DIS: Sebanyak 16,396 pemilik dan penunggang motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal yang dijalankan dalam tempoh 1 Jan 2025 hingga semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Mohd Zamri Samion berkata tindakan itu diambil hasil pemeriksaan terhadap 81,107 motosikal yang dilaksanakan secara agresif dan berterusan di seluruh negeri.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 24,954 saman telah dikeluarkan, manakala 806 motosikal disita kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Antara kesalahan paling tinggi dikesan ialah tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans serta Lesen Memandu Kenderaan (LKM) tamat tempoh.

“Kesalahan teknikal pula membabitkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, pengubahsuaian kenderaan serta ketiadaan cermin sisi,” katanya ketika ditemui pada Ops Motosikal 2025 di sini, malam tadi.

Selain itu, Mohd Zamri berkata pihaknya turut mengeluarkan 5,803 notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987 kepada penunggang motosikal atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Beliau berkata JPJ Terengganu memandang serius kesalahan berkenaan dan akan mengambil tindakan lebih tegas pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian kemalangan serta kematian di jalan raya.

Sementara itu, beliau berkata JPJ Terengganu turut mengeluarkan 193 saman terhadap kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Rentas Sempadan yang dijalankan dari 15 hingga 17 Disember lalu.

“Fokus utama operasi merangkumi pemeriksaan permit dan dokumen perjalanan, lesen memandu serta cukai jalan antarabangsa, selain pematuhan syarat teknikal kenderaan.

“Sebanyak 342 kenderaan telah diperiksa dan 90 daripadanya dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang atau Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619